Ahlan Wa Sahlan!

Salam Alaik.. Welcome to my page.. Where my mind takes off

Saturday, October 23, 2010

Sayembara Puisi Night

Untuk event Raudhah Festival(Rafest) yang akan datang, saya, Jabir-Abdullah Bin Amir telah diberikan amanah untuk menjadi seorang programme coordinator untuk pertandingan Sayembara Puisi... pertandingan ini merupakan pertandingan yang saya kira sangat menarik... Jarang sekali kita dapat peluang untuk dapat peluang berpuisi dan bersastera Melayu di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa ni! Maklum la... main language kat CFS ni kan bahasa Inggeris dan bahasa Arab.. hehe.. maka dengan itu rasanya dapat kita sama-sama mengambil manfaat dari program ini...

Untuk program yang dapat mengasah bakat serta menarik minat para pelajar CFS IIUM untuk memartabatkan sebuah bahasa yang satu ketika dulu menjadi Lingua Franca yang unggul... saya kira ini adalah satu program yang sangat besar lagi bermakna dan harus saya pikul amanah dan jadikan ini satu peluang serta platform untuk para pelajar CFS yang rata-rata berbangsa Melayu dan menggunakan bahasa ini sebagai medium komunikasi utama.. maka dengan itu, program seperti inilah yang dapat kita jalankan untuk memberikan peluang untuk menonjolkan bakat yang terpendam setelah sekian lama di lubuk hati mereka.. haha...

Maka dengan itu, sebagai Programme Coordinator untuk program ini, saya dengan penuh harapan pertandingan ini akan mendapat sambutan yang hangat dari para pelajar.. saya dan seluruh committee akan berusaha untuk memberikan komitmen penuh dalam menjalankan program ini.. Sama-sama kita doa kepada Allah SWT agar program ini akan berlangsung dan berakhir dengan jayanya! :D

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh saya menumpang mandi;
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.

sedikit info tentang sayembara Puisi ini...
PUSINGAN KALAH MATI
TARIKH: 8 DAN 9 HB NOV 2010
TEMPAT: BLOCK E
MASA 8.30-10.00

PUSINGAN AKHIR
TARIKH: 10 HB NOV 2010
TEMPAT: AL MALIK FAISAL HALL
MASA:8:30-9.30


No comments:

Post a Comment