Salam Ma'al HIjrah. Moga kita boleh cuba berusaha untuk berubah untuk menjadi insan yang lebih baik :)
walaupun pada dasarnya kita seharusnya muhasabah diri kita dan cuba untuk menjadi yang lebih baik setiap hari... Imam Ghazali pernah mengatakan bahawasanya, hari ini perlu menjadi lebih baik dari semalam dan hari esok perlu lebih baik dari hari ini, jika hari ini lebih teruk dari semalam maka celakalah orang itu O,o.. maka sesungguhnya kita tidak mahu menjadi golongan yang celaka :O
Lagipun kita harus sedar bahawasanya Allah tidak akan mengubah sesebuah kaum itu melainkan kita berusaha untuk mengubah diri kita sendiri :D
Jadi harap-harap la kita dapat berusaha dan berazam untuk tahun baru ini, kita dapat realisasikan dan berubah menjadi insan yang mengabdikan diri kepada Allah S.W.T dan menyumbang sesuatu kepada perkembangan Islam dan kepada Dunia ini sendiri :D
Wallahu a'lam :)
No comments:
Post a Comment